AHLI keluarga Gunasegaran menenangkan salah seorang daripada mereka yang tidak dapat menahan sedih selepas mengetahui kejadian tembak.
SEGAMAT: Seorang pemilik syarikat pinjaman wang berlesen bergelar Datuk ditemui mati dipercayai ditembak beberapa das ketika berjoging di tepi Jalan Orkid, di sini, pagi semalam.
Mayat Datuk M Gunasegaran, 49, ditemui terbaring berlumuran darah oleh orang ramai yang melalui jalan berkenaan kira-kira jam 6.15 pagi.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Ali, berkata polis masih belum dapat mengesahkan bilangan tembakan yang dilepaskan ke arah mangsa, bagaimanapun menemui dua butir peluru di lokasi kejadian.
"Mangsa adalah pemilik syarikat pinjaman wang berlesen yang menjalankan perniagaan di Jalan Hai Her Wan, terletak berdekatan lokasi kejadian tembak itu," katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.
Abdul Majid berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa bermalam di tingkat atas syarikatnya dan keluar berjoging kira-kira jam 6 pagi sebelum ditembak.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat, di sini, untuk bedah siasat dan Unit Forensik Bukit Aman menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian.
Sumber : Bharian.com.my
Friday, December 19, 2008
Pemilik syarikat pinjaman sedang joging ditembak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kalau Cina...banyak Along...kalau india..ceti kot... Rasanye dato ni...kategori tu gak ni...pemilik syarikat pinjaman... :-?
Mana tau ada org tak de duit nak bayar utang..terus bunuh dia..tak yah bayar utang dah kan :-?
bahaya dah malaysia pun..pistol senang lak dorang beli :-?
penjenayah ni ada je jalan nak cari menda2 camtu... kita je yg tatau.. maklum le kita bukannya terlibat perkara2 camni...
Post a Comment
Thanks for your comment.