KUALA LUMPUR: Seorang peniaga telefon bimbit yang menjalankan urusan perniagaan di ‘alam maya’ dengan seorang lelaki warga China menanggung kerugian RM100,000 selepas ditipu lelaki terbabit.
Mangsa terpedaya dengan helah itu selepas membaca artikel penjualan telefon bimbit pada 7 November lalu sebelum menghubunginya.
Selepas yakin dengan penjelasan diberikan, mangsa berusia 30-an dan mempunyai perniagaan menjual telefon bimbit di pusat beli-belah di ibu kota bersetuju sebelum memasukkan sejumlah wang ke akaun lelaki terbabit.
Sumber berkata, urusan jual beli telefon bimbit pertama dibuat antara mangsa dengan rakannya ialah pada 21 November lalu dan mangsa memasukkan RM5,000 ke akaun rakannya di China untuk membeli 20 telefon model Apple iPhone.
“Tiga hari kemudian barang dipesan tiba di pejabat rakannya kira-kira jam 12.30 tengah hari di SS15, Subang Jaya.
Mangsa sekali lagi membuat tempahan 30 telefon bimbit iPhone dan memasukkan RM45,000 ke akaun lelaki terbabit dan barang yang dibeli tiba pada masa yang dijanjikan,” katanya.
Bagaimanapun, tempahan kali ketiga yang dibuat mangsa pada 2 Disember lalu tidak menjadi kenyataan apabila barang yang dipesan itu tidak diterima.
Mangsa memasukkan RM100,000 ke akaun lelaki terbabit untuk membeli 40 lagi telefon bimbit.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun H S lee, Khamis lalu.
Sumber : Hmetro
Wednesday, December 24, 2008
Peniaga ditipu rakan niaga ‘alam maya’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
pergh.... #:-S#:-S.. 100k tu..bukan skit2...berani btol..urusniaga jumlah besar boleh je buat online... kalau takat RM 100 ok le tak jumpa pun..kalau sampai 100k tu..patut kena jumpa le...tapi..dah nak terkena...nak wat camna...kena redha je lah :(
rm100k utk 40 henpon.... rm2,500 gak satu henpon :-?
tu harga borong... harga runcit mau rm4-5 ribu... ada ke henpon mahal camtu :-??
Ada kot...jenis mcm Nokia communicator...jenis yg ala2 pda tu...sure mahal nye
Post a Comment
Thanks for your comment.