Saturday, January 31, 2009

7 dosa RM5


7 dosa RM5

 Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Mohd Harzrul Aminuddin
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Terkejut apabila menyaksikan gelagat kumpulan murid sekolah rendah asyik bermain sejenis permainan video memaparkan aksi pasangan sedang melakukan hubungan seks di sebuah kedai permainan video di sini.

Malah, ketika dihampiri, kumpulan kanak-kanak yang dipercayai berusia kira-kira 12 tahun itu tidak segan silu mempelawa wartawan Harian Metro untuk mencuba permainan video berkenaan.

“Bang, bang nak main sama ke? Seronok permainan ‘7 Sins’ (7 dosa) ini...ada dijual di merata kedai permainan video hanya RM5 sekeping.

“Saya hanya perlu melengkapkan beberapa misi sebelum dapat imbuhan iaitu watak seorang wanita berbogel...paling best dapat tengok dia main (melakukan hubungan seks),” kata seorang daripada mereka tanpa mempedulikan orang ramai.

 Seorang daripada kumpulan murid berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 12, mengaku ketagih bermain permainan video berkonsep lucah itu.

 

“Mulanya tak nampak apa yang menarik mengenai permainan ini, tapi selepas mencuba barulah saya tahu.

“Saya boleh terangsang ketika bermain permainan ini membuatkan saya ketagih mencuba beberapa jenis lagi permainan berbentuk lucah,” katanya.

Menurutnya, dia seronok melihat karakter wanita itu berbogel, malah turut mengajar bagaimana hendak mencari titik rangsangan pada tubuh wanita.

Selain 7 Sins, dia mendakwa terdapat beberapa lagi permainan berkonsep seks seperti Playboy Mansion 2 yang mengajar pemain membuat majalah lucah.

Permainan The Guy Game pula memerlukan pemain menjawab soalan untuk melihat gambar wanita bogel.

“Kalau dapat markah tinggi kita boleh tengok pula wanita itu menari tarian cabut baju (tarian bogel),” katanya.

Rakannya, Ashraf, 13, turut mengakui mengenali permainan itu melalui Internet.

“Permainan itu kini menjadi bualan hangat di laman sembang tempatan, malah saya memperoleh tip bagaimana memenangi permainan itu dengan mudah.

“Kalau tak dapat sempurnakan satu misi, saya tanya pada rakan. Mesti dia orang tahu dan ajar cara nak menang,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang mencuba ketiga-tiga permainan itu mendapati ia tidak sesuai memasuki pasaran negara ini.

Permainan itu menggalakkan pemain melakukan tujuh jenis dosa yang dilaknat agama secara realitinya, termasuk zina dan minum arak.

Sebagai contoh, 7 Sins mengajar pemain menjadi kasanova dan misinya perlu mendapatkan seorang kenalan wanita untuk beraksi di ranjang.

Sekiranya gagal melakukan tujuh dosa itu, pemain dianggap gagal menyelesaikan misinya.

Berlainan pula dengan Playboy Mansion, pemain perlu mencari wanita untuk menghasilkan majalah lucah.

The Guy Game pula adaptasi daripada sebuah rancangan realiti televisyen. Konsep permainannya mirip rancangan soal jawab, bezanya setiap kali soalan berjaya dijawab pemain akan dihadiahkan visual wanita menayangkan buah dada.

Lebih banyak soalan dijawab dengan betul, lebih banyaklah alat sulit wanita itu boleh dilihat sehingga sampai satu tahap dapat menatap keseluruhan tubuhnya tanpa seurat benang.

Ketiadaan undang-undang khas membendung penjualan dan pengedaran permainan jenis itu membuatkan ia seolah-olah halal dimainkan golongan muda.

Ia boleh dibeli semurah RM5 sekeping dan RM2 pula dikenakan peniaga untuk sejam bermain di kedai mereka.

Tidak mustahil melalui bahan permainan berunsur negatif demikian, dapat menggalakkan perlakuan sumbang di kalangan remaja yang sedia parah pada hari ini.


 

Friday, January 23, 2009

Jerat ‘Datuk’ kasanova

Jerat ‘Datuk’ kasanova

SHAH ALAM: Penangan ‘Datuk’ berstatus jutawan menjerat wanita berjawatan tinggi bukan saja menyebabkan mangsa nekad melakukan pengguguran haram, malah ada suami mangsa cuba membunuh diri selepas tidak dapat menerima hakikat isteri tersayang dinodai lelaki lain.

 Datuk kasanova berusia 40-an terbabit memiliki cita rasa pelik iaitu hanya memerangkap wanita sudah berkahwin dan memiliki kedudukan dalam syarikat, terutama bertaraf antarabangsa bagi mendapatkan habuan seks tanpa mengira bangsa.

Dia licik memerangkap mangsa dengan menawarkan pelbagai hadiah bernilai tinggi selain percutian di beberapa pulau peranginan terkenal di luar negara.

Untuk menjerat mangsa, lelaki terbabit berpura-pura berbincang perniagaan dengan wanita sasarannya.

Selepas umpannya mengena, tajuk perbincangan kemudian beralih kepada cerita pelancaran produk perniagaan, diikuti majlis makan malam dan tari-menari menyebabkan hubungan mereka semakin intim tanpa pengetahuan suami mangsa.

Keintiman itu menyebabkan lelaki itu yang ada ketikanya berlagak alim, mengambil kesempatan menceritakan kisah sedih palsu kepada mangsa bagi menagih simpati.

Apabila hati wanita terbabit sudah dikuasai, lelaki terbabit bertukar nombor telefon bimbit dan bermulalah episod ngeri bagi wanita berkenaan.

SMS berbaur godaan kemudian dihantar kepada mangsa yang antara lain meluahkan rasa rindu seperti “Saya benar-benar rindukan U’ atau “Saya sentiasa teringatkan U’.

Kasanova terbabit dipercayai menggunakan talian prabayar menggunakan nama individu lain beralamat di Alor Star, Kedah, bagi mengelak kegiatannya terbongkar sehingga boleh ditahan pihak berkuasa.

Jerat dipasangnya dikira mengena apabila wanita terbabit bersedia menerima hadiah ratusan ribu ringgit termasuk barangan kemas dan jam berjenama terkenal.

Wanita berkenaan sanggup menipu suami dan anak kononnya perlu menghadiri mesyuarat sama ada di hotel terkenal dalam atau luar negara bagi bertemu kekasih sulitnya itu sebelum sanggup menyerahkan tubuh bukan sekali, bahkan berulang kali.

Kisah tidak bermaruah Datuk yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak itu didedahkan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George.

Menurutnya, lebih 60 wanita berkerjaya dan memiliki kedudukan dalam syarikat korporat menjadi mangsa lelaki itu yang menggunakan nama samaran, Datuk Azlan.

“Lelaki terbabit menggunakan kekayaan dimilikinya untuk memerangkap wanita berjawatan tinggi berusia 30 hingga 40 tahun yang mempunyai suami berpengaruh dalam masyarakat.

“Dia menjadikan wanita terbabit sebagai sasaran kerana yakin mangsa tidak akan berani tampil membuat laporan polis kerana bimbang maruah diri dan suami terjejas,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Malah, beliau berkata, agak mengejutkan apabila sembilan wanita yang menjadi mangsa Datuk terbabit terpaksa menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan suami.

Bagaimanapun, kata George, penangan Datuk itu menyebabkan ada suami mangsa cuba membunuh diri kerana tidak dapat menerima perbuatan isteri selain nama mereka tercemar.

Selain itu, ada suami tidak mampu menghadapi tekanan itu sanggup mencederakan diri sendiri, memakan kaca dan menjadikan anak sebagai sasaran bagi melepaskan kemarahan.

“Kegiatan lelaki itu perlu dihentikan segera sebelum lebih ramai wanita menjadi mangsa. Saya yakin lelaki terbabit boleh dikesan jika wanita yang menjadi mangsa tidak malu membuat laporan polis,” katanya.

George berkata, beliau membuat laporan berhubung kegiatan Datuk kasanova terbabit di Balai Polis Bukit Jelutong, penghujung tahun lalu.

Menurutnya, peruntukan undang-undang yang boleh dikaitkan dengan kegiatan lelaki terbabit iaitu Seksyen 498, Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah.

“Mengikut seksyen itu, pesalah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah,” katanya.

Wednesday, January 21, 2009

Campak bayi marahkan isteri


Campak bayi marahkan isteri

AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.

Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.

Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.

Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh.

“Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.

“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.

Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.

“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.

Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.

“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.

Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.

Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.

“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Monday, January 19, 2009

Kemaruk miliki anak krok

Kemaruk miliki anak krok

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my


ALOR STAR: Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anak krok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.

Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.

Ia antara syarat pemilikan alat pemujaan itu yang kini popular di kalangan bomoh kerana kononnya mampu mendapat kekuatan luas biasa dan didakwa lebih hebat daripada toyol.

Malah, ada bomoh sanggup memiliki hingga 12 anak krok tanpa mempedulikan perbuatan seperti itu bersifat tahyul dan khurafat.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Nooh Gadut, mengingatkan pengamal perubatan tradisional atau bomoh yang menggunakan kaedah rawatan bertentangan dengan ajaran Islam adalah haram.

“Bomoh terbabit mesti berhenti segera amalannya dan bertaubat kerana perbuatan bersahabat dengan jin bertentangan dengan sunnah Rasulullah, ijmak ulama, syarak dan akidah Islam.

“Begitu juga hukumnya terhadap orang ramai yang mempercayai kaedah rawatan berkenaan. Semua harta yang diperoleh bomoh terbabit haram digunakan selain mengundang kemurkaan Allah s.w.t.

“Ia juga akan menyebabkan hidup mereka dan keluarga tidak diberkati. Mereka juga perlu memulangkan wang yang dicuri daripada orang ramai selain memohon maaf kepada mangsa,” katanya kepada Harian Metro.

Nooh turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan amalan songsang itu kerana perbuatan mendapatkan perlindungan, pertolongan dan kesenangan daripada makhluk selain Allah boleh menyesat dan memurtadkan mereka.

“Bagi mereka (orang ramai) yang bimbang wang mereka dicuri makhluk itu perlulah menunaikan rukun Islam selain sentiasa memanjatkan doa kepada Allah s.w.t,” katanya.

Difahamkan, anak krok diperoleh dari Thailand.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan alat pemujaan terbabit, seorang pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata anak krok hanya boleh diperoleh daripada bomoh tertentu dari negara jiran itu dan dipercayai tiada individu dalam negara ini mampu menghasilkannya.

Dia berkata, anak krok kononnya mampu memberi wang kepada tuannya dengan mencuri daripada orang ramai seperti dilakukan toyol.

“Setiap pemilik anak krok mampu memusnahkan sesuatu objek dengan mudah biar apa pun saiznya selain mampu memikat wanita cantik hanya dengan senyuman.

“Bomoh juga menggunakannya sebagai alat pengimbas ala X-Ray bagi mengenal pasti jenis penyakit yang dialami pesakitnya sebelum memulakan rawatan,” katanya.

Fadzil berkata, anak krok juga boleh digunakan samseng serta menundukkan pengikut supaya patuh kepada arahan diberikan.

Bagi menghasilkan anak krok katanya, tulang mestilah milik individu yang memiliki ilmu tinggi seperti guru silat atau tomoi.

Semakin tinggi ilmunya, harganya boleh mencecah sehingga RM10,000 dan kekuatannya juga ditentukan berdasarkan jenis dan saiznya.

Katanya, pemilik anak krok perlu membuat perjanjian aneh sebelum bergelar tuan seperti menjaganya seperti anak kandung selain membenarkannya menghisap darah sendiri sebanyak enam titik setiap tiga bulan.

“Jika tidak dapat mematuhi perjanjian berkenaan, anak krok akan memberontak dan mengganggu pemilik serta ahli keluarganya,” katanya.

Menurutnya, setiap anak krok hanya mampu melakukan satu perkara dalam satu masa.

Sunday, January 18, 2009

Diskaun beli perempuan

 
 
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kebiasaannya, beli barang dapat diskaun, tetapi kini ‘beli orang’ turut ditawarkan diskaun. Itu taktik sindiket pelacuran yang berselindung di sebalik pusat spa di hotel bagi memancing lelaki hidung belang melanggan pelacur.

Malah, dengan menggunakan taktik itu, sindiket terbabit umpama melancarkan ‘perang harga’ antara satu sama lain apabila cuba memberi harga terendah kepada pelanggan.

Menurut pelanggan tetap spa terbabit, antara taktik digunakan bagi mempromosi tawaran harga murah yang diberi adalah dengan menyebarkan risalah.

Metro Ahad yang memperoleh risalah itu mendapati ada sindiket sanggup memberi diskaun sehingga 40 peratus. Dengan menggunakan ayat ‘promosi gila-gila’ (crazy promotion), tiga pusat spa ditawarkan sekali gus dan secara terang-terangan menyediakan khidmat seks menerusi penggunaan perkataan ‘urut dan servis’ (massage & services).
 
Tinjauan mendapati, tiga pusat spa berkenaan menawarkan harga antara RM158 hingga RM188 berbanding RM200 hingga RM250 sebelum diskaun untuk khidmat selama 45 minit. Kebanyakan pelacur yang ditawarkan adalah dari China, Indonesia dan Vietnam.

Seorang pekerja pusat spa dikenali sebagai Alex berkata, tawaran harga murah jarang dibuat, tetapi memandangkan pelanggan semakin berkurangan, diskaun terpaksa diberi.

“Sekarang susah mahu dapat ‘customer’ (pelanggan). Customer kata RM200 hingga RM250 mahal. Sekarang ramai orang kurang wang, sebab itu kita kena bagi diskaun,” katanya.

Menurut Alex, saingan daripada pusat spa dan rumah urut di kawasan berhampiran premisnya juga menjadi faktor mereka menurunkan harga bagaikan durian runtuh.

“Dulu, tidak banyak spa yang ada ‘perempuan’. Customer pun tidak banyak pilihan, tapi sekarang keadaan banyak berubah.

“Jangan kata spa dan rumah urut, malah hotel tertentu, walaupun sebenarnya tidak ada pusat spa, turut tawarkan perempuan. Mahu tidak mahu, kami terpaksa bagi diskaun gila-gila,” katanya.

Sementara itu, pekerja spa sebuah hotel, sekadar dikenali sebagai Edy, ketika dihubungi melalui telefon berkata, mereka bukan saja terpaksa bersaing harga, malah terpaksa akur dengan premis spa lain yang menawarkan gadis bawah umur kepada pelanggan.

Lantaran itu, katanya, ada spa yang tiada ‘stok’ gadis belasan tahun terpaksa menurunkan harga serendah mungkin kerana takut kehilangan pelanggan.

“Kalau spa lain letak harga RM168 bagi perempuan muda, kami terpaksa turun harga lagi. Apalagi kalau ‘perempuan’ berusia lewat 20-an, harga lagi murah.

“Sebab itu, jangan terkejut kalau ada spa yang terima bayaran serendah RM148 bagi langganan sejam,” katanya.

Menurutnya, pelbagai taktik turut dilakukan bagi menambat hati pelanggan, selain tawaran seks.

“Kami tawar pakej ekstra. Sebelum berasmara, pelanggan terlebih dulu mendapat khidmat urut atau melakukan sebaliknya. Bukan itu saja, pelanggan boleh suruh gadis urut yang mereka langgan itu melakukan apa saja,” katanya.

Pengusaha spa terbabit yang menawarkan potongan harga gila-gila kepada pelanggan mengakui, tindakan itu menyebabkan keuntungan mereka berkurangan, namun menyifatkan itu lebih baik berbanding kerugian atau tidak untung langsung kerana ketiadaan pelanggan.

“Kami menawarkan harga serendah RM148 dan kami rasa itu harga paling murah dalam pasaran. Untuk RM148, kita bagi perempuan Indonesia. Kita juga ada perempuan dari China, Thailand, Vietnam dan Myanmar. Semua perempuan itu kita bagi harga RM168 saja. Semua stok baru,” katanya.

Mengejutkan apabila pekerja pusat spa itu memanggil pelacur mereka, ada antaranya didakwa berusia semuda 16 tahun. Mereka disuruh beratur di depan pelanggan untuk dipilih.

Pekerja pusat spa itu mendakwa tawaran harga dikenakan pihaknya adalah yang termurah walaupun menggunakan wanita yang harga semasa dikenakan antara RM200 hingga RM250.

“Sekarang pusat spa seperti kami tak boleh letak harga tinggi. Kalau letak harga tinggi, tak ada ‘customer’. Awak pergilah tanya spa lain. Mereka sudah bagi diskaun, tetapi tak boleh lawan harga kami,” katanya.

Dalam pada itu, pemantauan Metro Ahad menerusi sebuah laman web yang menyenaraikan lokasi untuk melanggan pelacur di spa hotel mendapati, lebih 25 pusat spa menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Beberapa pusat spa yang dianggap eksklusif masih mengenakan harga antara RM200 hingga RM250, manakala ‘pusat spa biasa’ sudah mula menurunkan harga.


http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20090111101103/Article


Saturday, January 17, 2009

Ratu Rempit ternoda

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud dan Nor Azmelia Azahari

am@hmetro.com.my

SEREMBAN: Dia bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan dua lelaki serentak dan melayan lelaki seusia bapanya, malah digelar Ratu Rempit.

Pengalaman kali pertama dinodai rakan teman lelakinya menyebabkan gadis itu ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.

Bagi memuaskan nafsu gilanya, gadis kecil molek yang mula belajar merokok ketika di tahun lima sanggup mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam dikenalinya.

Gadis terbabit mengakui mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki untuk mengejar keseronokan dan pantang dicabar menyebabkan dia terjebak ke lembah yang merosakkan masa depannya.

Pengalaman buruk gadis terbabit yang didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk mengaibkan sesiapa, namun sebagai pedoman untuk remaja perempuan yang baru ingin ‘kenal dunia’ supaya tidak mengikut kata hati sehingga menjadi pemuas nafsu lelaki buas.

Gadis dikenali sebagai Mimi, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia berkenalan dengan seorang Mat Rempit ketika di tingkatan empat.

“Setiap malam minggu, kami keluar bersiar-siar dan menonton aksi liar Mat Rempit menunjukkan kehebatan masing-masing.

“Saya seronok apabila dapat bercampur dengan kumpulan Mat Rempit dan berasa diri sangat hebat,” katanya.

Selepas beberapa lama berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan belang apabila menyerahkannya untuk ‘dipakai’ seorang rakan.

Dia akan dipandang rendah jika menolak pelawaan Mat Rempit untuk mengadakan hubungan seks menyebabkan kesuciannya diserah bagi menjaga imej di kalangan rakan.

Menurutnya, pengalaman kali pertama itu menyebabkan dia ketagih dan sukar melupakan perbuatan itu walaupun menyedari menyalahi hukum agama.

“Sejak itu, saya sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta. Ibu bapa tidak tahu perbuatan itu kerana saya memaklumkan mahu ke sekolah sedangkan saya ponteng dan mengikut lelaki ke rumah sewa mereka,” katanya.

Mimi mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki dalam satu bilik hotel dan ia pengalaman yang menakutkan baginya.

“Ibu bapa tak ambil kisah apa yang saya lakukan di luar rumah dan mungkin mereka tak tahu dengan siapa saya berkawan.

“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu, kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya sedikit terabai,” katanya.

Keseronokan Mimi tidak berpanjangan apabila dia terbabit dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya ketika di tingkatan lima.

“Akibat kemalangan itu, saya dimasukkan ke wad kecemasan dan dirawat selama beberapa hari. Namun, saya bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup dan bertaubat,” katanya yang kesal dengan apa yang berlaku.

Gadis itu kini mendapat tempat di sebuah pusat pengajian tinggi di ibu kota dan menyesali pengalaman hitamnya.

Dia menasihatkan gadis, terutama yang baru mengenal dunia agar menjauhi perbuatan terkutuk kerana kegembiraan yang dikecapi hanya sementara.

“Pilihlah kawan yang boleh membawa ke jalan benar dan jangan ikut kata hati kerana yang binasa diri sendiri.

“Kepada ibu bapa, berilah pengawasan kepada anak gadis bagi mengelak mereka hanyut dalam dunia noda dan dosa,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20090117022103/Article

Wednesday, January 14, 2009

Anjing kerkah kepala

Oleh Zulfa Mohamad
zulfa@hmetro.com.my

SAKIT...Siti Nur Aisyah yang cedera digigit anjing dipangku<br> Maliah, semalam.
SAKIT...Siti Nur Aisyah yang cedera digigit anjing dipangku
Maliah, semalam.

BUTTERWORTH: Kegembiraan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bermain bersama abang dan rakannya bertukar mimpi ngeri apabila dia cedera di kepala akibat digigit anjing, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa, Siti Nur Aisyah Zainon menerima 15 jahitan ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), dekat sini.

Sebelum kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Siti Nur Aisyah bersama abangnya, Mohd Alif, 8, serta empat lagi rakan bermain buaian di padang permainan berhampiran rumah mereka di Taman Bagan, dekat sini.

Bagaimanapun, ketika semua rakan dan abangnya beredar, seekor anjing setinggi kira-kira 0.3 meter menerkam Siti Nur Aisyah dari belakang sebelum menggigit kepalanya.

Mohd Alif hanya mampu melihat anjing berkenaan menggigit adiknya beberapa minit sebelum memanggil tiga penduduk yang mengambil kerusi dan mengejar anjing berkenaan.

“Saya nampak anjing itu gigit adik saya di kepala. Anjing itu warna coklat dan memakai rantai leher.

“Tiga penduduk kejar anjing itu dengan kerusi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Ibu mangsa, Maliah Sidek, 47, berkata dia terkejut apabila Mohd Alif membawa Siti Nur Aisyah yang berlumuran darah ke kedai makan tempat dia berniaga.

“Saya bergegas membawa Siti Nur Aisyah ke HSJ dan dia menerima 15 jahitan di kepala. Lukanya sepanjang lima sentimeter (sm) dan sedalam kira-kira dua sm.

“Saya turut membuat laporan di Balai Polis Butterworth,” katanya.

Menurut Maliah, setiap petang anaknya bermain di padang permainan berkenaan bersama rakannya dan ketika malam, banyak anjing berkeliaran mencari makanan di kawasan itu.

Sementara itu, Pengerusi Rukun Tetangga (RT) Taman Bagan, Toh Eng Leong, berkata banyak anjing liar berkeliaran sekitar taman berkenaan dan beliau sudah menghubungi Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) bagi menangkap anjing berkenaan.

Thursday, January 1, 2009

Azimat kaki kebas

Oleh Ahmad Othman
hmetro.com.my

KOTA TINGGI: Akibat terlalu taksub dengan ‘azimat tembaga’ yang didakwa mampu mencerahkan masa depan, termasuk menundukkan majikan jika diikat pada lengan, seorang pelajar kolej rugi RM3,200 apabila jam tangan, telefon bimbit dan sebuah komputer riba miliknya dilarikan dua lelaki, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 11 pagi di bandar ini, mangsa berusia 18 tahun sedang membawa beg berisi komputer riba sebelum dihampiri dua lelaki.

Kedua-dua lelaki itu memberi salam dan berpura-pura bertanyakan arah ‘Kedai Buku Haikal’ sebelum memperdayakan mangsa menggunakan teknik silap mata pisau cukur.

Apabila mangsa memberitahu dia tidak tahu kedai berkenaan, seorang daripada lelaki itu mengucapkan terima kasih.

Namun, kata mangsa, sebelum beredar, lelaki itu secara bersopan mengatakan mengikut nasihat ‘mahagurunya’, sesiapa yang menolong seseorang wajar diberikan cenderamata.

Katanya, dia menerima satu logam kecil berukuran satu setengah sentimeter dipercayai tembaga digelar `Haikal Akbar’ sebagai hadiah lalu disuruh menggenggamnya.

Seorang lagi lelaki berpura-pura menunjukkan minat terhadap azimat itu, termasuk bertanyakan khasiat dan cara menggunakannya sebelum mangsa diajak ke surau berhampiran untuk diajar cara menggunakan tangkal itu.

Bagaimanapun, ketika mereka berjalan ke surau Bazar Kota di sini, seorang daripada lelaki terbabit mengubah haluan dan mengajak mangsa berbincang di tebing Sungai Johor berhampiran Kompleks Perniagaan dan Pasar Awam Majlis Daerah dengan alasan khuatir kehadiran orang ramai di surau membantutkan perbualan mereka.

Sambil berjalan, kata mangsa, dia diberikan gambaran jika azimat terbabit diikat pada lengan, pemakainya akan cerah masa depan kerana boleh menundukkan majikan atau orang atasan.

“Kemudian secara berbisik, lelaki itu turut menyatakan azimat itu mampu menawan gadis jika dilapik menggunakan daun sirih yang ditulis nama wanita pujaan dan diletakkan di bawah bantal sebelum nama perempuan itu diseru tiga kali ketika hendak tidur.

“Tetapi, sebagai syaratnya, jika gadis pujaan ditundukkan, pemakai azimat berkenaan mesti mengahwininya atau memaafkannya jika gadis itu melakukan kesalahan atau biadab,” katanya.

Menurut mangsa, ketika sedang berbincang di tebing tembok sungai berkenaan, lelaki itu menyuruhnya menggenggam azimat berkenaan sebelum mengeluarkan sebilah pisau cukur dan menguji kekebalannya dengan menghiris kulit lengan mangsa tanpa mendatangkan sebarang kesan luka.

Katanya, lelaki itu menggunakan pisau cukur yang sama untuk menghiris kaki seluar rakannya hingga koyak kecil.

Mangsa berkata, tanpa melengahkan masa, lelaki itu meminta rakannya membeli tiga batang jarum di pasar raya berhampiran dan rakannya bertanya jumlah wang dibawa mangsa dan dalam akaun banknya.

“Tidak sampai 10 minit, lelaki terbabit kembali dari pasar raya dengan membawa satu tabung kecil berisi jarum sebelum saya yang diiktiraf sebagai pemilik azimat itu diarah membeli benang merah, putih dan kuning.

“Bagaimanapun, lelaki itu meminta saya tidak membawa beg mengandungi komputer riba, barangan peribadi seperti jam dan telefon bimbit serta disyaratkan pergi dengan hati yang suci seperti bayi baru dilahirkan.

“Saya juga diminta tidak melanggar pantang larang termasuk menegur atau menyapa sesiapa ketika dalam perjalanan pergi dan balik untuk membeli benang berkenaan,” katanya.

Mangsa ditegur jurujual pasar raya ketika meninjau rak benang sebelum bergegas ke tempat dua lelaki terbabit menunggunya, namun kecewa apabila mendapati kedua-duanya sudah melarikan diri bersama barang miliknya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dua lelaki melarikan komputer bimbit jenama Compaq, dua telefon bimbit Nokia dan seutas jam tangan dengan kerugian dianggarkan RM3,200.

Sementara itu, Harian Metro menghubungi seorang pengamal seni bela diri dikenali sebagai Pak Sar, yang meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan permainan silap mata pisau cukur.

“Sebenarnya hujung pisau cukur itu atau sebelah matanya diasah menjadi tumpul manakala bahagian yang tajam dibiarkan untuk tujuan menghiris.

“Kalau wujud tangkal kebal, sudah tentu pihak tentera atau polis tidak memerlukan jaket kalis peluru dan jika benar seseorang itu kebal tentu dia akan menjadi tumpuan dunia,” katanya.

Template by : Kendhin x-template.blogspot.com